Upacara pengebumian negara untuk mendiang bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang maut ditembak ketika kempen pilihan raya pada Julai lalu berlangsung hari ini di Nippon Budokan Hall, Tokyo.<br /><br />Lebih 700 orang kenamaan asing dan rakyat tempatan memberi penghormatan terakhir kepada bekas pemimpin negara itu yang dikenali kerana menstabilkan arena politik Jepun.